BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 21, 2008

Cerita Raya III


Gambar Kami berdua...jangan kutuk sudah la ek...huhuhuu kami buat baju sedondon...huhuuhu..cantik tak...starting this year....

Cerita Raya II


Hari raya Pertama...

Family Bakal mertuaku datang kerumah....huhuu..seronoknya hingga tak terkata...tapi sayang cadangnya nak wat sate...last2 tak dapat tempahan...so kempunanlah aku....hari raya tu jugaklah..both side family dah tetapkan tarikh....hari yang kutunggu untuk mengetahui tarikh perkahwinan ku telah tiba...yabedabeduuuuu gatallah aku nieh...layan la pic family seblah sana plak eh...abaikan umahku yang berselerak.....

Cerita Raya I




Hmmmm..sebenarnya banyak nak aku ceritakan...

Hari Raya Pertama

Pagi raya tu aku tido jam 6.00a.m maner taknyer..letih giler..kedai tutup pukul 2.00a.m.. masa bila aku nak mengemas rumah...so nak tak nak pagi2 buta la isi kuih..kemas dapur..basuh pinggan ..kemas rumah....tahun nie sempat sembahyang raya dan melawat kubur arwah tok wan aku...huhuh seronok.....selepas melawat kubur...kami menerima satu kejutan yang besar....

Tetiba sebijik keta perdana berhenti depan rumahku....aku tertny siapa gerangan pemiliknya....rupanya...sepasang suami isteri..yang sudah lama tidak ku temui.....abahku memeluk erat anaknya yang telah lama terpisah...sambil menitiskan airmata kerana terlalu merindui anaknya.....sambil meranggkul pinggang anaknya bersama isterinya membawa mereka ke kamar abah dan mama...

aku yg berada di sofa tergamam....airmataku jatuh berjujuran...melihat abah begitu...aku mendengar pula suara tangisan dari dalam bilik mamaku...mamaku menangis semahu2nya dan memeluk anaknya erat2.....sayu aku melihat pertemuan tu...adikku mendakapku dan menangis memohon keampunan dariku.......keegoaan ku musnah pada hari tu mendakap dan menangis kerana merindui seorang adik......aku tidak dapat berselindung lagi.....isterinya menunggu kelahiran anak pertama mereka hujung bulan depan....