Hari nie nak citer pasal mamaku....bagiku mamaku adalah sorang yang begitu tabah dan cekal dalam melalui liku2 hidup ini...aku tau aku x akan boleh menandingi ketabahanya..membesarkan kami dua beradik...kisah hidup mama ku amatlah perit sehingga aku x dapat menahan dari linangan airmata... kisahnya bermula takkala dia menikahi ayahku yang bukan warganegara malaysia...berasal dari negara yg begitu naif iaitu Kemboja..setiap saat dan ketika orang mengata dan terus mengata "tak der org malaysia dah ker nak kawin ngan pelarian??" itu adalah ayat yg selalu sgt ditelinga mamaku...dia tetap terus hidup bersama ayahku tanpa mempedulikan sumernya..sindiran dan kutukan..tambahan pula ayah mamaku tidak merestui hubungan mereka tp dia akuinya juga..
Lupa lak nak citer mcm mana ayahku datang ke malaysia dia datang masa Tungku Abdul Rahman memerintah masa tu beliau memerlukan tenaga asing so dia bawak sediakan permit untuk kemasukan ke Malaysia..so ayahku ditempatkan di Jengka 3 dan tokwanku yg ambilnya sebagai anak angkat...so mula la bibit cinta antara mereka...umur mamaku ketika itu dlm 14 tahun...balik ker cerita mamaku...
Mamaku n ayahku keluar dari rumah orang tua mamaku dengan sehelai sepinggang..merantau mencari rezeki demi sesuap nasi...untuk memenuhi kantung yang kosong mamaku mulakan berniaga kecil-kecilan dengan menjunjung kain setiap hujung dan pelusuk kampung untuk menyara hidup... mamaku menjunjung kain yg begitu besar mcm kita tgk yg benggali jual kain tu diorang bungkus dengan kain letak kat moto...cuba bayangkan sebesar itu mamaku junjung untuk sesuap nasi.......mamaku junjung sehingga umurku dalam kandungan 9 bulan..
Pernah dia pergi ke sebuah kampung tu waktu tu aku dah 7/8 bulan dalam kandungan.. masatu mamaku dah terlambat nak solat asar so dia berhenti la disebuah rumah ..dia ckp kat tuan rumah tu macam nie"kak nak tengok kain batik pelikat sejadah?'tengok lah dulu..kak boleh saya tumpang sembahyang disini?" akak tu cakap" x payah2 sy x mau tengok kain ni.. awak pergi..pergi!!! mama ckp kat luar nie pun x per sekejap jer....x payah pergi..pergiiii.. mamaku melangkah keluar dengan tangisan...tika itu jugak hujun turun...habis kain yg nak dijual basah.....mamaku menangisi nasib berlalu pergi......itulah ketabahan seorang ibu membesarkan anak dan keluarga....
2020, Impian Menjadi Realiti
5 years ago
1 comments:
Ibumu kakakku...
Post a Comment